Felo Kritikos
31 Julai hingga 5 September 2021 (6 minggu)
Setiap Sabtu dan Ahad menerusi Zoom,
1.5 jam setiap sesi, 3 jam diperuntukkan setiap minggu. Jadual perjumpaan program akan ditetapkan oleh ahli kumpulan selepas proses pendaftaran.
Silibus kami bertujuan untuk menerapkan pendedahan dan penglibatan pemikiran kritis dalam pelbagai topik falsafah, yang berlandaskan isu-isu kontemporari di Malaysia.
​
Anda akan melalui perjalanan ini bersama satu kumpulan kecil yang saling bersefahaman dan diketuai oleh seorang mentor untuk setiap diskusi! Anda akan mempelajari cara untuk menganalisa hujah, berefleksi tentang keprihatinan moral dan saling bertukar idea bersama rakan sebaya yang lain 🥰
Setiap peserta berdaftar akan mendapat pakej penjagaan yang mempunyai jemputan eksklusif daripada komuniti Discord kami, dan juga sebuah buku ThinkerAnalytix yang telah ditunjang oleh Jabatan Falsafah Harvard yang berjudul “How We Argue”, berharga $25 (Dolar Amerika Syarikat). Kami juga akan memberi anugerah kepada peserta yang mempunyai rekod penglibatan yang baik di dalam program Felo Kritikos!
Felo Pendidik
7 Ogos hingga 4 September 2021 (5 Minggu)
Setiap Sabtu menerusi Zoom, 2 jam setiap sesi.
Mengikut tentatif program,12pm hingga 2pm.
Setiap sesi bertujuan untuk membangunkan skil pemikiran logik dan menganalisa hujah, menerusi pendedahan tentang kerangka falsafah dan pelbagai idea dari Timur dan Barat. Di akhir program ini, pihak kami berharap anda akan lebih berkobar-kobar untuk melahirkan persekitaran pembelajaran berorientasikan pemikiran kritis!
​Anda akan mendapat pendidikan daripada pelbagai profesor yang berpengalaman di dalam bidang mereka. Pihak Kritikos akan mengendalikan 4 sesi + 1 sesi dimana anda akan mengaplikasikan ilmu yang telah anda pelajari sepanjang tempoh program. Program kami merangkumi:
-
Cara untuk berfikir dengan lebih baik dan menggambarkan pemikiran kritis melalui perangkaan hujah
-
Ringkasan tentang pelbagai bidang di dalam falsafah, seperti yang telah dibentuk oleh institusi akademik
-
Meneroka pelbagai idea daripada tamadun dan budaya berbeza. Ini bukan kursus tamadun yang konvensional!
-
Mencari aplikasi yang terbaik untuk menerapkan pemikiran kritis di dalam diskusi bilik darjah dan di dunia luar
-
Sesi mempraktikkan segala pembelajaran dan persembahkan kepada rakan peserta yang lain!
Setiap mentor yang berdaftar akan menerima sijil digital dan juga sebuah buku ThinkerAnalytix yang telah ditunjang oleh Jabatan Falsafah Harvard yang berjudul “How We Argue”, berharga $25 (Dolar Amerika Syarikat). Kami juga menyediakan sokongan buat felo setelah program tamat, untuk terus membantu perjalanan anda dalam mengintegrasikan pemikiran kritis di dalam bilik darjah dan juga sebagai barisan keutamaan untuk program masa hadapan!